GRATITUDE CHALLENGE DAY 1

Nie story 6 tahun lepas.

Kakmanis ada sorang kawan yang minat giler korea nie. Waktu tu kerja klinik.

Lepas kerja, dia boleh pasang video artis korea nyanyi nyanyi.

Dalam hati Kakmanis waktu tu. Ishh, lagu benda dia dengar nie. Memang lah best mendayu dayu gitu.

Tapi tak lah boleh nak layan beriya macam lagu rock kapak kita kan 🤣

Dannn sekarang selepas 6 tahun.

Citer korea lah yang menjadi pujaan hati Kakmanis sekarang.

Citer melayu kalau bab perubatan, entah guna mesin merapu.

Tapi citer korea, macam real tengah bedah. Siap gambar otak lagi tau.

Memang bebetul real lah.

Tu lah orang tua pernah pesan. Jangan benci sangat sesuatu tu sampai kita rasa menyampah sangat.

Sebab Allah boleh tukar kan hati kita. Allah akan bolak balik kan hati kita.

Tu lah kita kena sentiasa bersyukur walaupun sekecil kecil benda. Mudahkan nak syukur nie, mula dengan Alhamdulillah.

Alhamdulillah terima kasih Allah, hari nie aku masih bernafas.

Alhamdulillah terima kasih Allah, hari nie aku masih boleh nampak.

Syukur ada kengkawan yang minat dia berlainan dengan kita.

Syukur dulu, jangan kutuk dalam hati. Ingat dalam hati Allah takleh dengar ke 😅

Korang minat korea 🤭

#GratitudeChallenge


Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

RESEPI AIR KURUS VIRAL

JOIN STOKIS DAN AGEN JUAL BANANA SOAP BY ZIRAZAMER