GRATITUDE CHALLENGE DAY 2

Pernah tak pagi penuh ceria, tiba tiba mood berubah jadi teruk. Atau mood berubah jadi lain.

Terus rasa nak marah,
Terus rasa nak menyampah semua benda,
Terus rasa bengang tak tentu pasal,
Terus rasa sedih,

Sebenarnya bila jadi gitu, mood kita dah berubah. Mesti ada something yang terjadi buat mood kita berubah.

Kadang kita tak sedar benda apa yang jadi, boleh penyebab tercetus semua tu.

Kakmanis baru jadi 2 hari lepas. Patutnya hari tu best nak bawak anak jalan jalan. Tapi rasa hari yang paling tak best lak.

Tapi Kakmanis tau apa penyebab Kakmanis jadi gitu. Sebab lepas jek perkara tu, terus angin Kakmanis jadi lain.

Macam mana kita nak naikkan balik mood yang down tu?

1. Dengar musik yang kita suka
Kakmanis kadang suka bukak lagu asmaul husna. Kalau Kakmanis bukak tu, memang kita nak naikkan balik mood dalam rumah semua.

Atau kadang pasang hindustan, atau kpop yang rancak. Bagi goyang goyang badan. Bagi semua benda negatif keluar.

2. Mandi dengan lama
Kalau dengar musik tak jalan, selalu Kakmanis akan mandi terus.

Tu kira Kakmanis tak tahan sangat lah dengan mood dalam diri sendiri.

3. Solat atau zikir
Kalau waktu solat, boleh solat. Atau buat solat hajat atau solat taubat. Nangis dengan Allah. InshaaAllah akan lega sikit.

Kalau tak boleh solat, zikir bebanyak.

4. Minum atau makan apa yang kita suka
Kakmanis suka sangat, bila mood kurang jek. Kakmanis akan minum air tealive. ๐Ÿคญ

Walaupun gula terlebih, tapi tu boleh ceriakan hari kita tau. Atau makan kek, konpem mood tu akan lain.

5. Senam
Senam atau buat apa apa aktiviti yang kuarkan peluh, akan buat kita rasa tenang sangat.

Iyelah, sebab kita kuarkan semua mood yang tak best tu.

Cukup lah 5, tapi kalau rasa mood still tak ok. Cuba bersyukur apa yang ada disekeliling kita.

Hari nie korang dah tulis ke kesyukuran?

#GratitudeChallenge


Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

BANANA SOAP PUDARKAN JERAGAT

RESEPI AIR KURUS VIRAL