KHASIAT BUNGA ROSE BUD

Minggu lepas Kakmanis share pasal minum air masak dengan chia seed.

Bila asyik minum air masak dengan chia seed kadang bosan gak. So minggu nie nak feeling cantik plus flawless.

Minggu nie Kakmanis minum air masak, letak beberapa kuntum bunga rose kering.

Rasa pun sedap, manis manis nipis jea.

Jangan pandang sebelah mata tau dengan bunga rose nie. Sebenarnya banyak sangat khasiat bunga rose nie tau.

Bunga rose nie kecik bukan sebarangan kecik. Kecik yang banyak khasiat tau.

Ada vitamin A, B3 ,C, D dan E. Sebab tu la bila rajin minum, kulit korang glowing moing nanti.

Khasiat lain pun opkos la ado. Kalau tak, tak kan kakmanis excited borong bunga rose nie. Ni antara khasiat lain dia,

- mengurangkan minyak di muka
- kurangkan jerawat
- melancarkan penghadaman / sembelit
- mencantikkan kulit
- mengurangkan senggugut
- meningkatkan kesuburan
- mengurangkan stress
- meningkatkan antibody badan
- hilangkan rasa gugup
- merawat ulser perut
- meredakan sakit tekak
- merawat jangkitan pada pundi kencing
- menyejukkan badan ( merawat demam dan selesema)
- merangsang pertumbuhan tisu dan collagen
- mengurangkan radang sendi (arthritis )
- melancarkan haid
- menghilangkan keletihan
- mengurangkan sakit kepala dan pening
- merawat insomnia
- mengandungi bahan pengantioksida yg dapat menentang kanser.

Memacam kan khasiat dia, tapi yang paling best bukan muka jek glowing moing gitu. Peluh pun boleh wangi tau. Tak pakai deodorant pun tak pe. Nak tau wangi ke tak kena cuba sendiri. 😀

Cara buat

3-5 rose bud
1 gelas air panas mendidih

Masukkan rose bud dalam gelas air panas, dan tutup. Minum bila suam. Rose bud ni boleh recycle guna 2-3 kali tau. Cuma tambah air panas baru jek.

Boleh #share dan follow Akmal Hamid untuk banyak lagi info best. 😍

#Akmal_Hamid
#RoseBud




Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

RESEPI AIR KURUS VIRAL

JOIN STOKIS DAN AGEN JUAL BANANA SOAP BY ZIRAZAMER