KEK BATIK COKLAT SEMPOI

KEK BATIK COKLAT SEMPOI

Hari nie Kakmanis buat biskut batik memang sempoi sangat. Main tuang tuang jea, takde sukatan tepat pun.

Alhamdulillah anak anak suka, lom sempat keras dah kalut nak makan.

Jangan jap lagi terlebih aktif sudah lah.

Resepi Kek Batik Sempoi

Bahan bahan :

Biskut ( Kakmanis guna biskut hup seng)
Susu pekat
Serbuk coklat atau milo ( Kakmanis guna mycoklat)
Marjerin
Minyak zaitun sikit

Cara buat :

👉 Kakmanis patahkan siap siap biskut hup seng tu.

👉 Kakmanis panaskan marjerin dengan minyak zaitun sikit.

👉 Dah cair, Kakmanis masukkan susu pekat

👉 Lepas tu, Kakmanis masukkan serbuk mycoklat tu.

👉 Kacau bagi sebati semua tu.

👉 Masukkan biskut hup seng, kacau kejap terus tutup api. Sebah biskut hup seng cepat lembik kan.

👉 Tutup jea api, terus masukkan dalam bekas.

👉 Kakmanis masukkan dalam peti ais atas dulu sebab nak cepat beku. Tau dah anak anak suka.

Selamat mencuba 😍

Follow lah Kakmanis @akmal hamid untuk banyak lagi resepi yang best 😊

#Akmal_Hamid











Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

RESEPI AIR KURUS VIRAL

JOIN STOKIS DAN AGEN JUAL BANANA SOAP BY ZIRAZAMER