KHASIAT PISANG

Pisang memang sedap dimakan. Kalau diet pun ada orang amalkan pisang. Lelagi makan dalam oat atau buat air pisang blender.

InshaaAllah nanti Kakmanis share.

Tapi hari nie Kakmanis nak share yang pisang nie pun bagus untuk kulit tau.

Nie Kakmanis share kan

πŸ‘‰  Atasi kulit berminyak

Pisang boleh bersihkan kotoran dan bantu singkirkan minyak berlebihan pada kulit.

Kalau korang ada masalah kulit muka berminyak. Boleh buat topeng muka pisang dengan jus lemon plus madu.

Jadikan topeng muka, lepas tu bersihkan dengan kain basah atau air sejuk.

πŸ‘‰ Tanggalkan sel kulit mati

Pisang mampu tanggalkan sel mati pada muka kulit perlahan-lahan tau.

Caranya, campur pisang, minyak kelapa dan oat. Oat ada tekstur kasar yang tanggalkan sel kulit mati berlebihan pada permukaan kulit.

Selain itu, kandungan isi pisang mempunyai 75 peratus air mampu mengatasi dehidrasi di samping sihatkan kulit.

πŸ‘‰ Rawat mata bengkak

Makan pisang setiap hari bantu kurangkan bengkak mata kerana kaya dengan kalsium.

Tapi kalau yang diet tu kurangkan lah sikit iye. Sebab pisang pun tinggi gula jugak.

Bahagian dalam kulit pisang mampu sejukkan dan kurangkan kemerahan serta bengkak mata.

Letak kulit pisang ke atas kelopak mata dan rehat selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk.

πŸ‘‰ Licinkan tumit kaki kasar

Kalau tumit kaki korang kasar, manjakan kaki anda dengan lulur pisang khas.

Tujuan lembutkan dan licinkan bahagian berkenaan. Selepas rendam kaki dalam air limau suam, urut gunakan dua atau tiga pisang yang lecek ke kaki anda. Kemudian, bilas dengan air suam.

πŸ‘‰ Pupur muka untuk jerawat

Pisang masak katakan mampu rawat jerawat pada wajah dengan sapukan pupur pisang pada muka.

Cara dia kisar pisang hingga halus dan lumur pada muka. Biar beberapa minit sebelum bersihkan.

Cara ini berkesan dan berikan hasil lebih baik. Perlu buat setiap hari sampai lah jerawar kering.

πŸ‘‰ Kuatkan akar rambut

Pisang ada vitamin dan mineral yang mampu lembapkan kulit kepala, selain lembutkan rambut kasar.

Pisang mempunyai emolien baik menjaga kesihatan rambut. Sama seperti vitamin dan mineral, emolien juga kuatkan akar rambut.

πŸ‘‰ Pudarkan parut

Sama ada parut jerawat, tanda penuaan atau tompok gelap pada wajah, boleh pudarkan guna pisang lenyek.

Caranya mudah, sapu pisang yang dilenyekkan pada wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

πŸ‘‰ Manfaatkan kulit pisang

Kulit pisang boleh jadikan bahan penting menjaga kecantikan. Diguna untuk hilangkan tanda kuning pada gigi, redakan lebam dan cerahkan kulit.

Untuk putihkan gigi, gosok kulit pisang selama seminit pada gigi setiap hari. Cuba sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat hasil.

Kulit pisang digunakan kurangkan kesan lebam. Selain gosok kulit pisang pada bahagian lebam, anda boleh lekatkan di situ dan biar semalaman. Boleh juga sapukan bahagian lebam dengan pisang lenyek.

Moga bermanfaat iye 😍

Boleh #share dan #follow Akmal Hamid untuk banyak lagi info yang best.

#AkmalHamid


Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

BANANA SOAP PUDARKAN JERAGAT

RESEPI AIR KURUS VIRAL