SELAWAT TAFRIJIYAH

Alhamdulillah hari nie Jumaat yang penuh berkah.

Hari Jumaat kita akan perbanyakkan selawat. Kalau rasa susah nak fokus. On you tube, bagi sentiasa terpasang. Secara tak langsung, mulut pun akan turut berselawat.

Lelagi selawat Tafrijiyah, ada jugak yang sebut selawat nariyah. Sebenarnya banyak sanhat kebaikan selawat nie tau.

Jom Kakmanis share kan. 😊

Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara Kebaikan Mengamalkn selawat ini:
1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Imam ad-Dainuri r.a.
11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – Setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – Tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Moga bermanfaat iye 😍

Salam Jumaat semua 🤗

#AkmalHamid

Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

RESEPI AIR KURUS VIRAL

JOIN STOKIS DAN AGEN JUAL BANANA SOAP BY ZIRAZAMER