ORANG LAIN BETUL, AKU SALAH

ORANG LAIN BETUL, AKU SALAH

Pernah dengar tak orang cakap gini. Sesekali jea kan. Selalu nya kita akan salah kan orang lain.

Walaupun apa pun keadaan, kita akan salah kan orang lain. Sebab kita rasa diri sendiri lagi hebat dari orang lain.

Tapi bila kita ikot bebetul orang yang tenang dan orang yang hebat. Dorang akan salah kan diri sendiri. Berbanding tuding jari pada orang lain.

Contoh orang yang korang boleh follow,
Prof Muhaya
Dato Fadzilah Kamsah
Ustaz Nasrullah
Ustaz Hakim
Dr Taufik
Afnan Rosli
Cikgu Mahamidah (anak murid ustaz Nasrullah)

Orang hebat gini akan ajar kita lebihkan orang lain berbanding diri sendiri. Doakan untuk orang lain. InshaaAllah malaikat doakan untuk kita.

Yang lagi best, dalam apa situasi salah kan diri sendiri dulu.

Contoh gini,

Anak ada buat salah. Pernah tak kita salahkan diri sendiri, sebab cara didikan kita anak jadi gitu.

Anak degil. Pernah tak kita salahkan diri sendiri, kadang leka dengan panggilan Allah.

Zasssss

Sentap kan!

Tu lah hakikat nya tau.

Kita dok salahkan orang lain keluar rumah waktu virus nie. Pernah tak kita doakan untuk dorang.

Tak pernah kan?

Kita dok salahkan geng tabligh adakan perhimpunan tu. Sekurangnya dorang keluar berdakwah.

Kita doakan tak untuk mereka?

Tak pernah kan?

Tu lah maksud Akmal. Stop salahkan orang lain, salahkan diri kita sendiri yang terleka nie.

Insaf lah!

Sempena hari Jumaat nie, doakan bebanyak untuk orang lain. Nanti malaikat doakan untuk kita tau.

MasyaAllah malaikat kot doakan untuk kita. Tak ke best gitu.

Jom sesama doakan untuk orang lain.

Akmal doakan semua sahabat Akmal di media sosial nie, diberikan kesihatan yang baik.

Ya Allah, Bahagiakan dan muliakan mereka semua. Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲

#AkmalHamid



Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

RESEPI AIR KURUS VIRAL

JOIN STOKIS DAN AGEN JUAL BANANA SOAP BY ZIRAZAMER