POPIA SIRA 5 BAHAN

Kerepek memang jadi kesukaan anak anak Kakmanis. Tapi kadang pikir buat sendiri lagi berbaloi. Lelagi anak anak Kakmanis memang suka kalau makan kerepek nie.

Paham jea lah kalau beli. Kadang terlebih pedas, kadang terlebih masin, tak pun rasa tak sedap langsung.

Kebetulan ada kulit popia yang lebih hari tu. Moh lah kita buat popia sira yang sempoi benor.

Guna bahan sikit jea. Janji ada kulit popia 😁

Jom Kakmanis share kan resepi dia.

POPIA SIRA 5 BAHAN
==================

Bahan bahan :

Kulit popia
Cili boh / cili kisar
Sos cili
Gula
Marjerin

Cara cara :

👉 Gulung kulit popia tu, lepas tu hujung dia tampal dengan air.

👉 Potong serong serong kulit popia tu.

👉 Goreng kulit popia tu sampai garing.

👉 Panaskan marjerin, masukkan minyak masak sikit jea.

👉 Dah panas minyak, tumiskan cili boh tu. Agak agak suka pedas macam mana

👉 Lepas dah nampak pecah minyak, masukkan sos cili.

👉 Dah agak sebati, masukkan gula.

👉 Kacau bagi sebati, lepas tu masukkan kulit popia  yang dah digoreng tadi.

👉 Kacau bagi rata semua tu. Bagi semua popia bersalut dengan sambal.

👉 Nampak dah rata semua, boleh tutup api.

Boleh dah makan, anak anak memang suka sangat. 😁

Boleh lah buat untuk anak anak, takot mak budak yang makan beriya nanti. 🤣

Boleh #share dan #follow Akmal Hamid untuk banyak lagi resepi yang sempoi.

#DapurAkmalHamid







Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

RESEPI AIR KURUS VIRAL

JOIN STOKIS DAN AGEN JUAL BANANA SOAP BY ZIRAZAMER