REZEKI ITU LUAS

Setiap orang ada masalah sendiri.Terkait tentang rezeki. Makna rezeki ni luas.

Suami/Isteri.
Anak-anak.
Sihat.
Duit.
Tempat tinggal.
Paling PENTING hidayah, iman, islam.
.

Hari ni kita susah, kita sedih pasal apa? Ada yang akan jawab

-  HUTANG
-  REZEKI SEMPIT
-  PASANGAN SAKITKAN HATI KITA
-  DIFITNAH.
-  TIADA KERJA
.

Jawapan ni tak betul. Kita sedih, kita kecewa, hidup kita jadi susah sebab dalaman kita hancur! Rohani kita kosong. Tak de isi! Kita jauh dari ALLAH!
.

Kita nak berubah. Kita nak sekeliling kita jadi dan ikut apa yang kita nak. Apa yang kita mahu.

Tapi kita berkeras. Kita degil tak mau ikut perintah ALLAH. Bumi, langit dan seisinya semuanya milik ALLAH.

Kalau kita ingkar dengan DIA macam mana?
Agak-agak kita dapat tak pertolongan dari DIA?
.

Allahu Akbar. Ampuni kami ya Allah. Kami lalai penuh dosa.
Sebab tu di ulang banyak kali, permulaan bagi jalan keluar semua masalah kita tak lain tak bukan, balik pada ALLAH.
.

Banyakkan solat taubat dan istighfar. Minta ampun pada ALLAH. Sudah-sudah lah kita degil. Kita nak kemana? Nak lawan siapa?

๐Ÿ˜ญ
.

Pertolongan Allah tu dekat. Bahkan Allah sebenarnya lebih dekat dari kerongkong kita.

Tapi kenapa kita tak nampak jalan keluar masalah? Sebab kita yang tutup jalan tu. Mata kita tak nampak. Hati kita dibutakan. Hitam, kelam, pekat penuh dosa yang kita sendiri buat.

Kita yang paksa diri kita jadi susah! Kita yang tak nak taubat. Cuma tau buat.
.

Sebab tu penting untuk tambah ilmu. Jangan Sombong. Walaupun ilmu datang dari sebuah buku sekalipun.

Siapa tau boleh jadi asbab hidayah kita dapat keluar dari masalah hidup, masalah rezeki.

Kredit: KakG

๐Ÿ”Ž T.me/Tipstarikrezekimelimpahruah

Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

BANANA SOAP PUDARKAN JERAGAT

RESEPI AIR KURUS VIRAL