TTEOKBOKKI SEMPOI

Asyik masak yang sama jea kan. So hari nie kita buat kelain sikit 🤭

Teringin nak makan makanan korea, nak pegi sana InshaaAllah 1 hari nanti.

Apa kata kalau kita buat dulu. Guna jea bahan apa yang ada, janji boleh makan. Ada rasa lebih kurang kan.

Lelagi musim PKP nie, bukan leh kuar pegi makan kan.

Maka terhasil lah, tteokbokki sempoi nie.

TTEOKBOKKI SEMPOI

Bahan bahan :

Tepung pulut
Sos korea
Gula merah
Air
Bijan (Kakmanis takde, tu yang tak letak)

Cara cara :

👉 Bancuh adunan tepung dia. Bancuh tepung pulut dengan air. Macam kita buat kuih ondeh ondeh tu

👉 Dah jadi adunan dia. Bahagi kan untuk mudah kita buat jadi panjang panjang

👉 Dah panjang, potong lah comei comei. Ikot saiz yang kita suka.

👉 Saiz kecik mudah nak ngap kan.

👉 Dah siap uli tu. Panaskan air dalam periuk. Dah mengelegak, masukkan adunan tu.

👉 Bila dah timbul, boleh lah angkat. Ketepikan dulu

👉 Tumis bawang putih cincang, taknak pun takpe.

👉 Masukkan sos korea tu, agak agak jea tau. Sebab memang pedas giler.

👉 Kang ada lak anak anak terbakor mulut sebab pedas

👉 Masukkan gula merah, perasa kan. Bagi manis manis pedas manja.

👉 Lepas tu masukkan air sikit bagi ada kuah, masukkan adunan yang dah masak tadi.

👉 Dah siap boleh tutup api.

👉 Letak dalam pinggan, tabur bijan kalau ada. Makan dengan riang 😆

Sesekali tukar kelainan, takpe kan.

Enjoy iye!

#DapurAkmalHamid














Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR DAN AMALAN PELARIS PERNIAGAAN

RESEPI AIR KURUS VIRAL

JOIN STOKIS DAN AGEN JUAL BANANA SOAP BY ZIRAZAMER