BERSYUKURLAH
BERSYUKURLAH ...
Seorang petani dan isterinya bergandingan tangan menyusuri jalan semasa pulang dari sawah sambil dibasahi hujan, sebuah motor melewati depan mereka, petani itu berkata kepada isterinya
"Lihat, bahagianya suami isteri yang naik motor itu, meskipun mereka juga basah kena hujan, tapi mereka sampai di rumah lebih cepat, tidak seperti kita yang letih berjalan untuk sampai ke rumah...."
Sementara itu penunggang motor dan isterinya melihat sebuah kereta memotong mereka, penunggang motor itu berkata kepada isterinya
"Lihat, bahagianya orang yang naik kereta tu, mereka tidak perlu kehujanan seperti kita..."
Sementara itu dalam kereta yang dinaiki sepasang suami isteri terjadi perbincangan ketika sebuah kereta mewah lewat di hadapan mereka.
"Lihat, bahagianya orang yang naik kereta mewah tu, mesti di dalamnya nyaman, tidak seperti kereta kita yang sering mogok..."
Pemandu kereta mewah itu seorang lelaki kaya, dan ketika dia melihat sepasang suami isteri yang berjalan berpegangan tangan di bawah curahan air hujan, lelaki kaya itu berkata dalam hatinya,
"Bahagianya suami isteri tu, mereka dengan mesranya berjalan berpegangan tangan sambil menyusuri jalan ini, sementara aku dan isteriku tidak pernah punya waktu untuk bersama kerana kesibukan masing masing..."
Kebahagiaan tak akan pernah kita miliki jika kita hanya melihat kebahagiaan yang dimiliki orang lain dan selalu membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
.
Bersyukurlah atas hidup ini, bersyukurlah atas semua yg sudah kita miliki supaya kita tahu di mana kebahagiaan itu berada.
Credit : FB Zonkuliah
🎈 T.me/Tipstarikrezekimelimpahruah
🎈 T.me/KoleksiTestimoni_FTR

Comments
Post a Comment